Adly Sedia Ambil Tanggungjawab Sebagai Presiden MUSA

 In Liga Super 2018, News, Press Release

Ketua Menteri Melaka, YAB En. Adly Zahari mengesahkan beliau sedia mengambil tanggungjawab sebagai Presiden Bolasepak Melaka (MUSA) sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11.

Beliau yakin Melaka United mampu memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini dengan kemampuan dan keupayaan pengurusan MUSA sedia ada ditambah dengan sokongan daripada penyokong bolasepak Melaka.

“Jadi saya rasa saya akan ambil tanggungjawab itu dan kita akan berbincang di peringkat pengurusan untuk melihat di mana potensi-potensi kita dalam meningkatkan lagi kedudukan pasukan dalam liga ini.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku rombakan dalam pengurusan MUSA, beliau berkata setakat ini pihaknya masih menggunakan konsep yang sama dalam pengurusan kerajaan negeri dan akan menilai sambil mengharapkan pengurusan sedia ada meneruskan tanggungjawab dalam persatuan.

“Dalam masa yang sama kita akan membuat penilaian sama ada dari segi pasukan ataupun pengurusan itu sendiri, jadi saya belum lagi hadir mesyuarat tapi saya yakin kita akan bekerjasama untuk kebaikan untuk kebaikan bolasepak Melaka.

“Dari segi bajet memang kita akan berusaha untuk cari lebih untuk bajet penajaan untuk pasukan ini dan saya yakin potensi kita bergantung juga kepada bajet yang kita usahakan, jadi kalau kita mahu meningkat jauh memang kita kena berusaha untuk mendapatkan bajet lebih baik, saya akan menggunakan sepenuh kemampuan saya untuk menyokong usaha dari segi bajet,” katanya.

Terdahulu beliau meluangkan masa menyaksikan perlawanan Liga Super 2018 antara Melaka United dan PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Krubong malam tadi (23 Mei 2018) yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.

Hadir sama pada perlawanan itu ialah Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search