Almeida Yakin Persefahaman Pemain Semakin Baik

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Press Release

Ketua Jurulatih Melaka United, Eduardo Almeida yakin persefahaman dan kombinasi antara pemainnya akan bertambah baik pada perlawanan-perlawanan akan datang berbanding aksi persahabatan pramusim sebelum ini.

Beliau berkata dalam aksi pembukaan saingan Liga Super menentang Kelantan, Sabtu lalu membuktikan persefahaman antara pemainnya semakin baik biarpun menerima pelbagai kritikan atas prestasi kurang memberangsangkan dalam beberapa aksi persahabatan pramusim.

“Tidak ada mana-mana pasukan yang memulakan saingan liga dengan kombinasi pemain yang sempurna kerana ia permainan pertama, kita tidak boleh mengharapkan pasukan dalam prestasi terbaik kerana ini baru permulaan.

“Perlawanan pramusim kami sangat sukar kerana pemain cuba untuk memahami satu sama lain selain kemasukan pemain baharu, jadi persefahaman antara pemain tidak seperti yang diharapkan ketika itu.

“Ini adalah proses biasa pada semua pasukan, kita tidak boleh jangka seratus peratus pada setiap pasukan dalam perlawanan pertama mereka, tiada siapa boleh jangkakan,” katanya.

Untuk aksi kedua Liga Super menentang Selangor, Rabu ini (7 Februari), Almeida berkata seperti biasa dia akan mengkaji permainan Selangor dan memastikan Melaka membawa pulang tiga mata.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search