Dua Gol Awal Berjaya Perangkap Kedah – Elavarasan

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Press Release, Uncategorized

Dua gol awal Melaka United menjadi kunci utama kejayaan Skuad Hang Tuah mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Kedah dalam aksi ke-18 Liga Super 2018 di Stadium Hang Jebat, malam tadi (10 Julai 2018).

Demikian dinyatakan Ketua Jurulatih MU, E. Elavarasan yang menyifatkan tiga mata yang diraih pada perlawanan itu penting untuk meningkatkan pasukan ketika saingan liga hampir ke penghujung.

“Menjelang penghujung saingan liga, saya jangkakan tidak mudah berdepan Kedah kali ini selepas berjaya menewaskan mereka ketika pertemuan di Alor Setar kerana mereka pasti akan mengalahkan lebih banyak pasukan untuk meletakkan mereka di kedudukan lebih baik.

“Saya rasa gol pertama dan kedua telah menolong pasukan sebab bila sesebuah pasukan dah ketinggalan 2-0 secara automatiknya mereka akan berusaha untuk menyamakan gol, jadi mungkin kalau kita dalam situasi itu pun mungkin kita akan buat perkara yang sama, mungkin penyudah kita lebih baik pada hari ni, itu juga menolong pasukan kita,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Mengulas aksi liga seterusnya menentang Kelantan di Kota Bharu Sabtu ini (14 Julai 2018), Elavarasan menyifatkan perlawanan itu lebih sukar berbanding menentang Kedah disebabkan kedudukan The Red Warriors di kelompok bawahan liga ketika ini.

“Ketika ini Kelantan berada di bawah memang bukan mudah nak menentang mereka sebab pasukan-pasukan seperti ini sangat memerlukan mata, jadi perlawanan itu mungkin lebih sukar berbanding menentang Kedah, jadi saya rasa peluang untuk perlawanan ini adalah seimbang,” katanya lagi.

Untuk rekod, kemenangan itu adalah yang kedua dicatatkan MU ke atas Kedah dalam saingan Liga Super musim ini selepas mengejutkan Skuad Lang Merah itu 2-0 di Alor Setar pada 1 Jun lalu.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search