E. Elavarasan Pengendali Baharu Skuad Hang Tuah

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Press Release

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengalu-alukan kehadiran jurulatih berpengalaman, E. Elavarasan yang dilantik secara rasmi sebagai pengendali baharu Melaka United bagi menggantikan jurulatih dari Portugal, Eduardo Almeida.

Pengalaman luas beliau dalam Liga Malaysia diharap dapat membantu Skuad Hang Tuah untuk kembali bangkit meneruskan saingan musim ini.

Elavarasan pernah membimbing pasukan Melaka kira-kira 12 tahun yang lalu iaitu pada musim 2005 dan 2006 dan juga menjadikan Melaka sebagai Naib Juara apabila tewas kepada pasukan Kedah di pentas akhir Liga Premier. Selain berpengalaman mengendalikan beberapa pasukan Liga Malaysia bermula sebagai jurulatih Public Bank sebelum ke Melaka, FELDA United, Terengganu dan PKNS FC sebelum kembali ke Melaka.

Pencapaian terbaik beliau adalah pernah membawa PKNS mara ke perlawanan akhir saingan Piala FA pada musim 2016 selain pernah membawa Public Bank muncul juara Liga Perdana 2 pada musim 2003.

Petang tadi buat pertama kalinya beliau kembali ke Stadium Hang Tuah bagi mengendalikan sesi latihan pertama bersama pasukan.

Diharapkan semoga dengan pengalaman yang dimiliki Elavarasan bakal membantu Melaka United kembali bangkit pada separuh kedua musim ini sekaligus memastikan Skuad Hang Tuah kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search