Fokus Aksi Menentang Kuala Lumpur -Almeida

 In FA Cup 2018, MUSA, News, Press Release

Ketua Jurulatih Melaka United, Eduardo Almeida tidak mahu anak-anak buahnya terus terbuai dengan kemenangan 2-0 ke atas Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada aksi Liga Super, di Stadium Hang Jebat, Ahad lalu.

Bagaimanapun, beliau berpuashati dengan tiga mata yang dikutip pada perlawanan itu untuk menduduki tangga keempat liga selain berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah Skuad Hang Tuah di laman sendiri setakat ini.

“Kami gembira kerana mencapai sasaran pada perlawanan ini kerana tiga mata amat berharga terutama apabila kami bermain di tempat sendiri.

“Ia bukan sesuatu yang mudah untuk kita mendapatkan mata, PKNP menunjukkan semangat melawan yang begitu hebat dan displin yang baik sehingga menyukarkan pasukan kami namun akhirnya kami berjaya lakukannya,” katanya.

Beliau berkata, dengan tempoh beberapa hari sebelum menghadapi perlawanan penting bertemu Skuad Warga Kota pada pusingan ketiga Piala FA, beliau akan memanfaatkan sebaiknya untuk merangka strategi lebih ampuh.

Beliau mahu anak-anak buahnya kekal fokus untuk meneruskan rentak cemerlang bagi menghadapi kunjungan Kuala Lumpur, Sabtu ini.

“Persediaan kami sama sahaja, menjalani latihan seperti biasa, mengkaji dan menganalisis kekuatan serta kelemahan pasukan bimbingannya dan lawan bagi menghadapi aksi penting itu.

“Ini adalah proses yang sama dalam bola sepak dan perkara ini tidak berubah, kita perlu bina kekuatan apatah lagi bermain di gelanggan sendiri untuk menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super Melaka United menentang PKNP FC yang menyaksikan Melaka menang 2-0 menerusi dua jaringan penyerang import, Yahor Zubovich pada minit ke-14 dan minit ke-86.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search