Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Bawah 12 Tahun 2018

 In MUSA, News, Press Release

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 2 (SKKT 2) atas kejayaan muncul juara Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka (MSSNM) 2018 dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA).

SKKT 2 muncul juara selepas menewaskan SK Pengkalan Balak (SKPB) dengan keputusan 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang 10 Wisma MUSA dengan kedua-dua gol dijaringkan pada Separuh Masa Pertama.

Tempat ketiga pula menjadi milik SK Tanjong Minyak yang menewaskan SK Seri Laksamana dengan keputusan 3-0 dalam Perlawanan Penentuan Tempat ke-3/4.

Terdahulu SKKT 2 mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan SK Seri Laksamana 3-2 manakala SKPB menewaskan SK Tanjong Minyak menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas terikat tanpa jaringan di peringkat Separuh Akhir.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan disampaikan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri, En. Jasni Abu Samah yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang juga Guru Besar SK Sebatu, En. Azman Ahmad.

Kami pihak MUSA berharap semoga kejohanan ini dapat mencungkil bakat-bakat bolasepak yang terpendam dalam kalangan anak-anak untuk diketengahkan ke arah merealisasikan hasrat melahirkan lebih ramai pemain bolasepak berjenama Melaka pada masa hadapan dari peringkat akar umbi.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kejohanan ini terutama warga SK Sebatu yang mengelola kejohanan dengan jayanya.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search