Kejohanan Bolasepak Bawah 14 dan 16 Tahun 2018

 In MUSA, News, Press Release

ebanyak 32 pasukan membabitkan 16 pasukan dalam kategori bawah 14 tahun dan 16 pasukan dalam kategori bawah 16 tahun diundi dalam empat kumpulan dalam kedua-dua kategori.

Undian dimulakan dengan kategori bawah 14 tahun dengan wakil setiap pasukan sekolah dipanggil secara bergilir-gilir bagi menentukan kumpulan pasukan sekolah mereka.

Majlis turut dihadiri Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), En. Noor Azman Rahman dan Pengerusi Teknikal Pembangunan Majlis Sukan Sekolah Melaka, En. Saahwal Hassan bersama kira-kira 80 wakil pasukan sekolah yang bertanding.

Noor Azman dalam ucapannya menghargai kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam mencungkil bakat-bakat muda di negeri ini.

Beliau berkata kejohanan anjuran bersama MUSA dan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka itu bakal menjadi platform menghimpunkan pemain-pemain terbaik dari sekolah-sekolah menengah seluruh negeri.

“Dalam usaha ke arah itu, pihak MUSA akan menempatkan panel penilai untuk memantau dan menilai para pemain yang dilihat berpotensi untuk diketengahkan” katanya.

Kejohanan Bolasepak Bawah 14 dan 16 Tahun 2018 dijadualkan berlangsung dari 23 April hingga 7 Mei depan dan majlis perasmian kejohanan dijadual akan dirasmikan oleh Ketua Menteri yang juga Presiden MUSA, Datuk Seri Utama Ir Idris Haron di Wisma MUSA, Krubong 25 April ini.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search