Kempen Kebersihan dan Kesedaran Terhadap Stadium

 In MUSA, News, Press Release

Semalam (Ahad, 26 Ogos 2018) Bilik Sidang Media Stadium Hang Jebat telah berlangsungnya Upacara Pelancaran Kempen Kebersihan dan Kesedaran Terhadap Stadium anjuran Perbadanan Stadium Melaka (PSM) dengan kerjasama PDRM FA, MUSA dan SMK Paya Rumput.

Pelancaran disempurnakan oleh Exco Negeri, YB Norhizam Hassan Baktee ketika rehat separuh masa pada perlawanan Piala Malaysia 2018 antara PDRM FA dan Melaka United di stadium berkenaan.

Kempen selaras dengan slogan Kerajaan Negeri Melaka iaitu Pintar, Hijau, Bersih selari dengan hasrat kerajaan negeri menerusi kempen Sifar Sampah yang juga sebagai kesinambungan kepada program ‘Kami Sayang Melaka’ yang dilancarkan sebelum ini.

YB Norhizam pada pelancaran itu berharap menerusi program kebersihan dan kesedaran itu membuahkan hasil sekaligus dapat mendidik bukan sahaja penyokong bolasepak malah warga negeri Melaka tentang pentingnya menjaga kebersihan tempat awam di negeri ini.

Hadir sama pada pelancaran itu Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Ketua Pegawai Eksekutif PSM, En. Nick Yong Yoon Pin, Naib Presiden MUSA, En. Mohd Ashiq Samad, Timbalan Setiausaha Agung PDRM FA, Inspektor Mohd Nizam Mohd Noor, serta Pengetua SMK Paya Rumput, Pn. Rubaiyah Abu Nawas.

Terima kasih semua penyokong yang hadir kerana menjaga kebersihan di sekitar Stadium Hang Jebat pada perlawanan itu.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search