Liga KPM 2018: SSN Melaka 0-3 SSN Terengganu

 In MUSA, News, Press Release

Skuad B17 Sekolah Sukan Negeri (SSN) Melaka, SMK Seri Kota kurang bernasib baik apabila tewas 0-3 kepada SSN Terengganu, SMK Bukit Nenas pada perlawanan pembukaan saingan liga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2018 di tempat sendiri, petang tadi (3 Mac).

Beraksi dalam cuaca hujan renyai di Stadium Mini Seri Kota menyaksikan separuh masa pertama SSN Melaka lebih menguasai perlawanan dengan berjaya melakukan beberapa gerakan dan percubaan berbahaya.

Gandingan Muhd Khussaini Adli Mohd Yusof dan Muhd Shafi Aszwad Sapari dilihat berjaya mencipta gerakan-gerakan berbahaya namun masih buntu membolosi penjaga gol lawan SSN Terengganu, Ahmad Irfan Ibrahim.

SSN Terengganu sebaliknya berjaya memanfaatkan kesilapan pertahanan SSN Melaka yang tidak mengawal Nik Muhd Alif Hakimie Nik Soh yang mudah menyungkit bola untuk gol pertama Terengganu.

SSN Melaka kemudiannya berpeluang menyamakan kedudukan namun jaringan Izzat Zikri Izziruddin dibatalkan kerana offside.

SSN Terengganu terus menambah gol menerusi Muhammad Aiman Hakim yang menanduk masuk bola sepakan percuma rakan sepasukan lima minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Separuh masa kedua menyaksikan SSN Melaka terus mengasak sejak awal.

SSN Melaka mendapat banyak peluang namun semuanya dinafikan dengan ketangkasan penjaga gol lawan.

Skrip yang sama berulang apabila kesilapan pertahanan SSN Melaka sekali lagi dihukum, kali ini penyerang SSN Terengganu, Khairul Haffizuddin Omar Baki berjaya melepasi pertahanan Melaka sebelum menewaskan penjaga gol, Muhd Firdaus Shukur untuk gol ke-3 SSN Terengganu.

SSN Melaka kemudian cuba merapatkan kedudukan namun SSN Terengganu dilihat banyak bertahan untuk mengekalkan kedudukan itu hingga tamat perlawanan.

Dalam aksi lebih awal, Skuad B14 SSN Melaka turut tewas 0-1 di tangan B14 SSN Terengganu.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search