Liga Super 2018: Melaka United 3-2 Selangor

 In Liga Super 2018, Match Report, Press Release

Melaka United bangkit daripada ketinggalan sebelum berjaya mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Selangor dalam aksi Liga Super 2018 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Selangor terlebih dahulu di depan menerusi jaringan pemain antarabangsa Indonesia, Ilham Udin Armaiyn yang berjaya menolak masuk bola hantaran Rufino Segovia pada minit ke-25.

Pemain MU kemudian melakukan beberapa gerakan mencari gol penyamaan namun tidak berhasil hingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua, Skuad Hang Tuah bermula garang sebelum Yahor Zubovich membuat sepakan silang lambung melepasi jangkauan penjaga gol Selangor, Muhammad Haziq Ridwan untuk gol penyamaan MU, lima minit selepas separuh masa kedua bermula.

Selangor kemudiannya cuba menambah gol menerusi Evan Dimas namun sepakannya sedikit tinggi melepasi palang sebelum R. Gopinathan hampir meletakkan MU di depan namun rembatannya ditepis Muhammad Haziq .

Kemasukan pemain gantian The Red Giant, D. Kugan berjaya meletakkan Selangor di depan selepas menolak masuk hantaran rakan sepasukan Muhammad Syahmi Safari dari sebelah kiri pada minit ke-70 untuk Selangor mendahului 2-1.

Pada minit ke-72 Ifedayo Olusegun kemudinnya berjaya menolak masuk bola hantaran silang Gopinathan dari sebelah kiri namun gol itu dibatalkan kerana offsaid.

Sebaliknya Zubovich berjaya menyamakan kedudukan selepas berjaya menanduk masuk bola sepakan percuma Shahdan Sulaiman pada minit ke-84 untuk menyamakan kedudukan 2-2.

Ketika perlawanan hampir menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata, Nicholas Swirad muncul wira selepas menanduk masuk bola tandukan lambung Zubovich yang mengelirukan Muhammad Haziq pada masa tambahan yang nyata mengecewakan penyokong Selangor yang hadir.

Dengan kemenangan itu, MU kini di kedudukan ke-7 liga dengan 28 mata selepas 21 perlawanan manakala Selangor di kedudukan ke-9 liga dengan 21 mata dan Skuad The Red Giant masih mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search