Liga Super 2018: Melaka United 4-1 Kedah

 In Match Report, MUSA, News, Press Release

Melaka United sekali lagi melakar kejutan ke atas Kedah apabila menundukkan pasukan itu buat kali kedua musim ini dengan kemenangan selesa 4-1 ke atas Skuad Lang Merah dalam saingan Liga Super 2018 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Pada perlawanan itu Skuad Hang Tuah bimbingan jurulatih E. Elavarasan turun lebih yakin untuk sekali lagi mengejutkan Kedah bimbingan jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

MU bermula garang dengan menguasai perlawanan pada separuh masa pertama menerusi beberapa gerakan menarik.

Sehinggalah pada minit ke-34, MU akhirnya di depan apabila pemain pertahanan, Khair Jones berjaya menolak masuk bola hantaran Ifedayo Olusegun dari sebelah kiri dalam kotak penalti untuk MU mendahului 1-0.

Empat minit kemudian, MU berjaya mendapat gol kedua menerusi R. Gopinathan sebelum merembat masuk bola ketika situasi satu lawan satu menewaskan penjaga gol Kedah, Mohamad Ramdhan Ab Hamid untuk MU mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kedah mendapat sepakan penalti selepas penyerangnya, Paulo Rangel dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-51.

Peluang itu tidak dipersiakan Rangel yang menyempurnakan penalti untuk merapatkan jurang kepada 2-1.

Ketika Kedah berusaha untuk mencari gol penyamaan, MU Sebaliknya menambah gol menerusi R. Gopinathan yang berjaya memanfaatkan bola hantaran leret Ifedayo dengan menolak masuk bola memperdayakan Mohamad Ramdhan pada minit ke-62.

MU kemudiannya mendapat beberapa peluang menambah gol menerusi Yahor Zubovich dan S. Chanturu sebelum Ifedayo akhirnya menemui penyudah dengan menyumbat gol ke-4 MU pada minit ke-84 apabila berjaya menewaskan dua pertahanan Kedah sebelum merembat masuk bola yang gagal diselamatkan penjaga gol Kedah.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan untuk Melaka semakin hampir untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan di tangga ke-7 dengan 23 mata manakala Kedah jatuh ke tangga ke-4 liga dengan 30 mata selepas 18 perlawanan liga.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search