Majlis undian dan taklimat Kejohanan Bolasepak Bawah 16 Tahun

 In MUSA, News, Press Release
Majlis undian dan taklimat untuk Kejohanan Bolasepak Bawah 16 Tahun telah diadakan petang tadi di Bilik Media MUSA. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff B. Mahadi.
Piala kejohanan disampaikan oleh pemain terbaik MSSM B15 tahun peringkat Malaysia. Encik Syed dari wakil Kronos juga hadir untuk menyampaikan jersi kepada ketua pasukan setiap sekolah. Undian kumpulan dijalankan oleh Naib Presiden MUSA, Encik Khairi Anuar dan Encik Jasni Hassan dari Jabatan Pendidikan Melaka yang disaksikan oleh Encik Abdul Latiff Karim.
Datuk Yusoff berharap dengan kerjasama diantara persatuan dan Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka untuk kejohanan ini akan dapat melahirkan lagi bakat terutamanya anak jati Melaka ke landasan yang betul untuk menjadi pemain bolasepak profesional di masa akan datang. Kejohanan ini akan bermula pada 4 September bertempat di Padang 10, Wisma MUSA.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search