Melaka United Berhak Menang – Almeida

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Press Release

Ketua Jurulatih Melaka United, Eduardo Almeida menyifatkan pasukannya berhak untuk menang pada perlawanan ketiga saingan Liga Super 2018 menentang Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat, Ahad lalu berdasarkan persembahan baik anak-anak buahnya.

Beliau berkata para pemainnya fokus untuk meraih 3 mata penting di tempat sendiri dengan mempamerkan permainan yang lebih baik berbanding lawan dan berjaya mengawal permainan.

“Kami menang kerana berjaya bermain dengan baik, apabila beraksi dengan baik bermakna kita menghampiri keputusan yang diharapkan dan itu yang berlaku pada hari ini.

“Faktor utama kemenangan ini adalah kerana kami sedar kami tidak semestinya akan menang semua perlawanan, kadang kala kami tewas tetapi apa yang lebih penting ialah memastikan pasukan lebih baik dan bermain dengan yakin.

“Jika kami terus bermain secara berpasukan seperti ini semestinya kita akan terus mencatat keputusan yang diharapkan, jika itu tidak berlaku kami perlu melalui proses ke arah itu,” katanya yang ditemui selepas perlawanan itu.

Selepas ini Melaka United akan meneruskan saingan liga menentang Juara Liga Super 4 Kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) di tempat lawan pada 24 Februari depan.

Ditanya mengenai JDT, Almeida berkata JDT adalah pasukan yang baik dan merupakan antara pasukan terbaik di negara ini dan beliau tidak akan terburu-buru untuk membuat sebarang perubahan hanya kerana menentang pasukan itu kerana skuadnya mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi Skuad Harimau Selatan itu.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search