Melaka United Kempunan Di Cheras

 In Liga Super 2018, Match Report, MUSA, News, Press Release

Melaka United gagal meneruskan momentum kemenangan selepas tewas 1-4 kepada Selangor dalam aksi kedua Liga Super 2018, malam tadi.

Beraksi di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur, perlawanan kali ini menyaksikan jurulatih MU, Eduardo Almeida menurunkan Muhd Syawal Norsam bagi menggantikan Nicholas Swirad di pertahanan tengah manakala Khair Jones kembali ke kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan.

Fakri Saarani pula bermain di bahagian sayap menggantikan S. Chanturu yang tidak disenaraikan.

Selangor terlebih dahulu di depan seawal minit ke-8 menerusi jaringan penyerang importnya, Rufino Segovia yang mengambil kesempatan daripada kesilapan Steven Tichot.

Skuad Hang Tuah kemudiannya terus mengasak mencari gol penyamaan sebelum Tiago Gomes berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-30.

Selangor kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti sebelum penjaga gol, Zamir Selamat cemerlang menyelamatkan gawang MU dengan menggagalkan sepakan penalti oleh Segovia pada minit ke-44 untuk kedudukan 1-1 kekal pada separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, MU bermula garang dengan melancarkan beberapa serangan menerusi Gomes dan penyerang Yahor Zubovich.

Mohd Syahmi kembali meletakkan Selangor di depan dengsn mudah menolak masuk bola akibat kegagalan Zamir mengeluarkan bola dari kotak penalti.

Segovia kemudiannya menambah lagi gol apabila rembatannya berjaya mrnghasilkan gol ketiga Selangor pada minit ke 67.

MU cuba merapatkan jurang namun percubaan Gopinathan diselamatkan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali pada minit-minit akhir perlawanan.

Sebaliknya Syahmi sempat menambah satu lagi gol untuk gol ke-4 Skuad The Giants pada masa kecederaan.

Kekalahan itu menyebabkan Melaka United turun ke tangga ke-6 dengan 3 mata manakala Selangor gah di persada liga dengan 6 mata.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search