Melaka United – MBMB Juara Liga Futsal Kebangsaan 2018

 In Liga Futsal Kebangsaan 2018, MUSA, News, Press Release

Majlis penyampaian trofi Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2018 di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam petang tadi (Ahad, 26 Ogos 2018) berlangsung gilang-gemilang meraikan kejayaan Skuad Futsal Melaka United yang berjaya menjuarai saingan LFK musim ini.

Upacara berlangsung sejurus perlawanan penutup tirai menentang Pahang dengan menyaksikan Melaka United mencatatkan kemenangan 8-4 sekaligus mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan dalam 18 perlawanan sepanjang musim ini.

Trofi disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi kepada kapten pasukan, Jamaludin Alias yang turut dihadiri Naib Presiden MUSA, En. Mohd Ashiq Abd Samad.

Dengan kejayaan itu Skuad Futsal Melaka United berjaya mengekalkan kejuaraan LFK buat tahun kedua berturut-turut dengan musim ini lebih cemerlang apabila mengumpul mata maksima iaitu 54 mata jauh meninggalkan pasukan di tempat kedua, Perak yang mengumpul 36 mata.

Lebih membanggakan apabila pemain Melaka United, Muhammad Azri Rahman muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang saingan LFK musim ini dengan mengumpul keseluruhan 22 gol.

Kami di pihak MUSA mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah buat Skuad Futsal MU atas kejayaan gemilang pada LFK musim ini.

#LFK2018
#DemiKebanggaanMelaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search