MELAKA UNITED vs KEDAH FA

 In Match Report, News, Piala Malaysia, Press Release
Kedah FA menewaskan Melaka United 2-6 di saingan Piala Malaysia 2017. Ketua jurulatih Eduardo Almeida membuat beberapa pertukaran daripada skuad yang menewaskan pasukan Sarawak di Liga Super. Syawal Norsam diberi tanggungjawab ketua pasukan untuk perlawanan malam ini. Azinee Taib dan Nurhakim Isa kembali mengemudi bahagian tengah bersama Ezrie dan dibantu oleh Felipe Souza.
Pada minit ke-4 Melaka United dikejutkan dengan jaringan awal Fakri Saarani. Azinee Taib menyamakan kedudukan dengan gol melalui tandukan hasil sepakan percuma Felipe Souza. Pemain Brazil Kedah, Sandro menjaringkan 2 gol di dalam tempoh 5 minit menjadikan kedudukan 1-3 dan Muhd Akram menambah jaringan menjadikan kedudukan 1-4 sebelum tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Melaka United membuat 2 pertukaran dengan memasukkan Fauzi Roslan dan Jasmir Mehat untuk menambah serangan dan ia membuahkan hasil apabila hantaran silang Felipe Souza ditanduk masuk oleh Fauzi pada minit ke-52. Ken Ilso dan Muhd Akhyar menambah jaringan untuk Kedah pada minit ke-76 dan minit ke-88. Melaka United akan ke Kelantan untuk saingan Piala Malaysia dan seterusnya ke Terengganu menentang T-Team di saingan Liga Super.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search