MELAKA UNITED vs KEDAH FA

 In Liga Super 2017, Match Report, News, Press Release
KEPUTUSAN PENUH
LIGA SUPER 2017
#LS15
MELAKA UNITED (2) – (4) KEDAH FA
9′ 30′ Marko Simic (Melaka)
14′ 40′ Badrol Bakhtiar (Kedah)
55′ Akram Mahinan (Kedah)
90+4′ Asri Mardzuki (Kedah)
Selepas menewaskan Kelantan FA di persaingan Piala Malaysia, Melaka United kembali beraksi di Liga Super menentang pasukan Kedah FA di Stadium Hang Jebat. Bermain tanpa Jasmin Mecinovic yang digantung perlawanan, Nick Swirad bergandingan bersama Faizal Muhd di bahagian tengah pertahanan untuk Melaka United.
Pada awal 10 minit separuh masa pertama, Melaka United mendominasi perlawanan dan Marko Simic membuka jaringan selepas menyempurnakan hantaran silang dari kapten pasukan, R Surendran pada minit ke-9 namun Badrol Bakhtiar menyamakan kedudukan untuk Kedah FA pada minit ke-14. Pada minit ke-30, Simic menjaringkan gol kedua peribadi beliau di dalam perlawanan ini selepas merampas bola dari pertahanan Kedah dan menewaskan penjaga gol, Abdul Hadi. Badrol Bakhtiar sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-40 perlawanan. Separuh masa pertama berkesudahan 2-2.
Separuh masa kedua, Melaka United menyambung corak permainan aggresif mereka dan Marko Simic hampir menjaringkan hat-trick pada minit ke-46 tetapi rembatannya tersasar sedikit daripada gawang gol Kedah. Akram Mahinan menjaringkan gol ke-3 Kedah. Ketua jurulatih Melaka United, Eduardo Almeida memasukkan Jasmir untuk mengganti Faizal dan hanya menggunakan 3 pemain pertahanan di minit-minit terakhir perlawanan di dalam mencari gol penyamaan. Badrol Bakhthiar menggunakan kesempatan tersebut untuk melorongkan bola dan disudahi oleh Asri Mardzuki untuk gol ke-4 Kedah. Melaka United akan bertemu pasukan Pulau Pinang FA pada hari Sabtu ini untuk saingan Liga Super.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search