MELAKA UNITED vs KELANTAN FA

 In Match Report, News, Piala Malaysia, Press Release
Melaka United kembali menemui rentaknya di laman sendiri apabila menewaskan Kelantan dengan tiga gol berbalas kosong. Ketua Jurulatih Melaka United Eduardo Almeida menggunakan kesebelasan yang mantap dan meletakkan barisan terbaik malam ini yang menampakkan jentera tengah berfungsi dengan sempurna.
Gol pembukaan menerusi Marko Simic yang menggunakan kesempatan kesilapan penjaga gol Mohd Ramdhan dengan mudah menolak ke gawang Kelantan. Selepas itu Ketua Pasukan Melaka United R Surendran juga mengambil peluang terhidang menerusi hantaran dari sebelah kanan pintu gol Kelantan dengan merembat kemas bagi menambah gol kedua Melaka.
Selepas dua jaringan yang di perolehi Melaka, pasukan hijau putih memperlahankan gerakkan bagi menguasai  permainan dengan tidak memberi peluang kepada Kelantan mengasak ke kubu Melaka.
Rehat separuh masa pertama kedudukan selesa bagi pasukan tuan rumah dengan kelebihan dua gol berbalas kosong.
Bermula sepak mula separuh masa kedua menampakkan ada semangat melawan yang di tunjukkan pasukan Kelantan dengan memulakan serangan ke ke kawasan Melaka. Tetapi barisan pertahan Melaka malam ini bermain dengan baik serta tidak memberi ruang kepada Kelantan untuk mencipta jaringan. Sehingga Melaka pula mengambil kesempatan apabila Fauzi Roslan menggunakan larian derasnya membuat rembatan ke pintu gol Kelantan yang menerima umpanan dari Nurhakim yang juga agak baik bermain di posisi tengah.  Jelas sekali Melaka United malam ini ingin mencapai kemenangan yang ditunggu-tunggu setelah permulaan yang agak hambar pada dua perlawanan pembukaan.
Malam ini impian Melaka United mencipta kemenangan dan mencapai sasaran 3 mata tercapai untuk berada di kedudukan kedua Kumpulan C.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search