Melaka United vs Kelantan

 In Liga Super 2017, Match Report, MUSA, Press Release
Pasukan Red Warriors bangkit menewaskan pasukan Melaka United 1-3 di Stadium Hang Jebat malam tadi. Tiada perubahan di kesebelasan utama kecuali penjaga gol, Fazli Paat diberi kepercayaan oleh Ketua Jurulatih, Eduardo Almeida untuk menjaga gawang gol pasukan Melaka United dengan ketiadaan Badrul Zaman..
Sebaik sahaja wisel separuh masa pertama ditiup oleh pengadil perlawanan, Wan Mohd Tarmizi, Melaka United memulakan serangan melalui R Surendran dari sayap kanan tetapi hantaran silangnya dapat ditangkis oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi. Pemain pertahanan Kelantan, Mamadou Danso banyak menghalang hantaran ke arah Marko Simic. Pada minit ke-30, Nicholas Ryan Swirad menanduk masuk hasil sepakan percuma dari Felipe bagi gol pertama beliau untuk Melaka United. Kelantan cuba mencari gol penyamaan melalui Indra Putra tetapi tandukannya tersasar. Separuh masa berkesudahan 1-0 kepada pasukan Melaka United.
Kelantan cuba bangkit pada separuh masa kedua dan penjaga gol Melaka United, Fazli Paat banyak menyelamatkan keadaan terutamanya melalui percubaan dari Indra Putra dan Mamadou Danso. Pada minit ke-75, Abou Bakr menanduk masuk gol penyamaan untuk pasukan Kelantan. Allessandro Celin menjadi wira buat pasukan Red Warriors apabila menjaringkan 2 gol iaitu pada minit ke-81 dan 88 menjadikan kedudukan 1-3. Dengan keputusan ini, Melaka United kekal ditangga ke-8 di Liga Super 2017.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search