Melaka United vs Perak FA

 In FA Cup 2017, Liga Super 2017, Match Report, MUSA, News, Piala Malaysia, Press Release
Melaka United menewaskan pasukan Perak FA 3-1 di persaingan Liga Super di Stadium Hang Jebat. Nick Swirad kembali membantu bahagian pertahanan bersama Jasmin Mecinovic. Badrulzaman diberi kepercayaan oleh Ketua Jurulatih, Eduardo Almeida mengawal gawang gol pasukan Melaka United.
Melaka bermula agak garang dengan melakukan serangan dan Marko Simic menambah jumlah jaringan golnya di Stadium Hang Jebat pada minit ke-29 apabila salah faham diatara penjaga gol Perak FA, Hafizul Hakim dengan pemain pertahanannya. Serangan kedua pasukan bertumpu di bahagian tengah dan separuh masa pertama berakhir dengan jaringan 1-0 kepada Melaka United.
Separuh masa kedua, pasukan Bos Gaurus membuat asakan dan pada minit ke-49, Shahrul Mohd Saad menanduk masuk gol penyamaan. Selepas gol penyamaan tersebut, pasukan Melaka United mula mengorak serangan dan tandukan Marko Simic terkena palang gol. Pada minit ke-71,  Jeon Woo Young menjaringkan gol kedua pasukan Melaka United hasil hantaran R. Surendran. Felipe menyempurnakan sepakan penalti selepas Fauzi Roslan dijatuhkan di dalam kotak penalti untuk gol ketiga pasukan Melaka United. Kemenangan ini membawa Melaka United ke tangga ke-9 di Liga Super 2017 dengan 21 mata. Melaka United akan bertandang kepada Stadium Larkin untuk persaingan Piala Malaysia menentang pasukan JDT.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search