MELAKA UNITED vs PULAU PINANG FA

 In Friendly Match, Liga Super 2017, News, Press Release
Pulau Pinang FA menewaskan Melaka United 2-3 di Stadium Hang Jebat.
Jasmin Mecinovic kembali berganding bersama Nicholas Swirad di bahagian tengah pertahanan manakala R. Surendran sekali lagi menggalas tugas sebagai ketua pasukan.
Pasukan Penang mengejutkan Melaka United dengan jaringan awal pemenang anugerah PUSKAS 2016, Faiz Subri pada minit ke-5. Melaka United terus membuat asakan demi asakan dan pada minit ke-34, Khair Jones dijatuhkan di dalam kotak penalti. Marko Simic yang telah menjaringkan 2 gol di Liga Super untuk Melaka United menambah jaringan peribadinya yang ke-3 selepas menyempurkan sepakan penalti pada minit ke-35. Kedudukan 1-1 berterusan hingga tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, pasukan Pulau Pinang mendahului sekali lagi melalui Mark Hartman pada minit ke-53 dan jaringan Kumaaharan menambah jaringan ke-3 untuk Pulau Pinang pada minit ke-60. Melaka United merapatkan jurang di minit terakhir perlawanan apabila Simic menyempurnakan sepakan penalti selepas Fauzi Roslan pula dijatuhkan di dalam kotak penalti tetapi sudah terlambat buat skuad Sang Kancil. Melaka United akan bertandang ke Stadium Darul Makmur menentang Pahang untuk saingan Liga Super pada 24 Julai ini.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search