Melaka United vs Sarawak FA

 In Liga Super 2017, Match Report, News, Press Release
elaka United menewaskan pasukan Sarawak FA dengan jaringan 4-2. Melaka United memerlukan kemenangan untuk kekal di Liga Super dan bertemu pasukan Bujang Senang yang berada diatas pasukan Melaka United di tangga liga. Norhakim Isa dan Azinee Taib kembali ke pasukan setelah pulih dari kecederaan.
Matteo Roskam mengejutkan Melaka United pada minit ke-23 dan Sarawak menambah jaringan pada minit-29. Marko Simic merapatkan jurang seminit selepas itu dengan tandukan hasil umpanan dari Jeon Woo Young. Rembatan kaki kiri Fauzi Roslan pada minit ke-34 menyamakan kedudukan untuk Melaka United. Jaringan R Surendran menjadikan kedudukan 3-2 untuk Melaka United sebelum tamat separuh masa pertama.
Melaka United memulakan separuh masa kedua dengan garang dan mempunyai banyak peluang tetapi penjaga gol Sarawak FA, Aidil Mohamad banyak menyelamatkan keadaan. Pemain import Brazil Melaka United, Felipe Souza menjarakkan lagi jurang dengan menjaringkan gol ke-4 di akhir minit perlawanan. Melaka United akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Kedah FA pada hari Sabtu ini untuk persaingan Piala Malaysia. Ayuh kita teruskan momentum kemenangan ini di perlawanan seterusnya.
Showing 2 comments
  • Datascout
    Reply

    First eleven pun xde, substitues lagilah tak mention. Ni match report?

    • john
      Reply

      hahahahaha.. setuju bangat..

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search