Melaka United vs Selangor FA

 In Liga Super 2017, Match Report, MUSA, News, Press Release
Melaka United menewaskan pasukan Selangor FA 2-1 dan melonjak naik ke tangga ke-8 di persada Liga Super 2017. Jasmin Mecinovic kembali berganding bersama Nick Swirad di bahagian tengah pertahanan bergandingan dengan Badrulzaman menjaga gawang gol pasukan Sang Kancil.
Pasukan Melaka United tidak menunggu lama apabila sepakan penjuru Felipe De Souza disudahkan oleh Jasmin Mecinovic yang menanduk masuk ke gawang gol pasukan Selangor FA. Nick Swirad juga hampir menambah jaringan apabila rembatannya diselamatkan oleh penjaga gol Red Giants, Mohd Khairulazhan. Rembatan jarak jauh dari tengah padang Felipe De Souza hampir menerjah masuk gawang Selangor FA tetapi Khairulazhan dapat menepis keluar percubaan tersebut. 4 minit sebelum tamat separuh masa pertama, hantaran Felipe menembusi pertahanan Selangor dan disambar oleh Marko Simic untuk gol kedua Melaka United. Kedudukan 2-0 berpihak kepada Melaka United pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua Selangor mula mengorak serangan dan pada minit ke-57, Rufino Segovia menjaringkan gol dengan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti menewaskan Badrulzaman. Melaka United mula menyerang balas dan pemain gantian, Fandi Othman membuat hantaran silang ke arah Marko Simic tetapi tandukannya dapat diselamatkan sekali lagi oleh Khairulazhan. Kemenangan ini telah memastikan pasukan Melaka United kekal untuk Liga Super 2018.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search