MELAKA UNITED vs UiTM

 In Match Report, News, Piala Malaysia, Press Release
Melaka United menewaskan pasukan UiTM FC dengan 2 jaringan sepakan percuma dari Felipe De Souza. Ketua Jurulatih, Eduardo Almeida merehatkan beberapa tunggak utama seperti R Surendran, Fauzi Roslan dan memberi tanggungjawab ketua pasukan kepada Syawal Norsam.
Felipe De Souza membuka jaringan pada minit ke-22 melalui sepakan percuma mengelirukan penjaga gol UiTM FC, Mohd Soffuan. Marko Simic hampir memberi kedudukan selesa untuk Melaka United tetapi sepakan penalti beliau tersasar. Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, Akanni Sunday menyamakan kedudukan untuk UiTM FC. Separuh masa pertama berkesudahan 1-1.
Almeida terpaksa menukarkan Simic yang mengalami sedikit kecederaan pada separuh masa pertama dan memasukkan Fauzi Roslan untuk mengetuai serangan. Pada minit ke-63, sepakan percuma Felipe De Souza sekali lagi menewaskan Mohd Soffuan. Kedudukan 2-1 berterusan sehingga wisel penamat. Melaka United akan bertandang ke Stadium Darulmakmur  untuk saingan Liga Super bertemu Pahang FA pada hari Sabtu ini.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search