MUSA Anjur Kursus Kejurulatihan Untuk Guru-Guru Sukan

 In MUSA, News, Press Release

Dalam usaha membangunkan bakat-bakat bolasepak dari peringkat akar umbi, pihak Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengambil pelbagai inisiatif bagi melahirkan pemain bolasepak masa hadapan.

Sehubungan itu, MUSA menganjurkan Klinik Kejurulatihan Bolasepak untuk guru-guru sukan di seluruh negri Melaka selama tiga hari bermula Isnin (26 Februari) hingga Rabu (28 Februari) ini bertempat di padang bolasepak SMK Seri Kota.

Klinik dikendalikan oleh Pengarah Pendidikan Kejurulatihan MUSA, En. Richard Sinappan dengan para peserta didedahkan dengan teknik kejurulatihan bolasepak peringkat akar umbi dengan cara yang betul.

Semoga dengan inisiatif ini, guru sukan di sekolah-sekolah akan dapat menggilap bakat-bakat bolasepak di kalangan pelajar sekolah mereka yang boleh diketengahkan bagi merancakkan pembangunan pemain akar umbi di negeri ini.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search