MUSA dan Hospital Pakar Putra Perkukuh Hubungan Dan Kerjasama

 In MUSA, News, Press Release

Pagi tadi Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) menerima kunjungan daripada wakil-wakil Hospital Pakar Putra (PSH) Melaka.

Kunjungan yang diketuai Pengurus Strategi dan Pemasaran Korporat PSH Melaka, En. Norehan Ajis disambut Setiausaha Agung MUSA, En. Noor Azman Rahman di Pejabat MUSA, Stadium Hang Jebat.

Beberapa perkara dibincangkan bagi memperkukuhkan hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Antara yang dibincangkan termasuk usaha untuk mewujudkan Pusat Sains Sukan di PSH Melaka bagi meningkatkan perkhidmatan rawatan kecederaan para pemain bolasepak yang bernaung di bawah MUSA.

Menurut Noor Azman, inisiatif yang dilakukan oleh pihak PSH Melaka dalam mewujudkan pusat itu adalah tepat berikutan bidang Sains Sukan yang dilihat semakin penting dalam membantu pembangunan sukan di negeri ini.

“Pusat terbabit bakal menempatkan pakar-pakar dalam bidang Sains Sukan yang bakal menawarkan perkhidmatan rawatan kecederaan sukan kepada penggiat sukan dari dalam dan luar Melaka.

“Ini secara tidak langsung bakal menjadikan Melaka sebagai salah satu pusat sains sukan dan rawatan kecederaan sukan terkemuka pada masa akan datang,” katanya.

Menerusi kerjasama ini juga katanya, pihak MUSA akan membantu mempromosikan PSH Melaka menerusi program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang akan dianjurkan membabitkan penyokong bolasepak di negeri ini.

Ke arah itu juga beliau berkata, MUSA turut bercadang untuk mengadakan program lawatan para pemain Melaka United ke PSH Melaka sebagai tanda sokongan kepada pihak PSH Melaka di samping mengeratkan hubungan dan kerjasama berterusan di antara kedua-dua belah pihak.

Hadir sama pada kunjungan itu, Bendahari Kehormat MUSA, En. Razak Abu Hassan dan Penolong Pengurus Pemasaran Domestik Jabatan Strategi Korporat PSH Melaka, En. Baharudin Abu Hasan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search