MUSA dan NFDP Jalin Kerjasama

 In MUSA, News, Press Release

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) terus berusaha melahirkan bakat-bakat bolasepak menerusi agenda pembangunan bolasepak akar umbi di negeri Melaka.

Usaha itu adalah bagi memastikan bolasepak Melaka tidak ketandusan pemain-pemain muda di pelbagai peringkat bermula dari akar umbi.

Ke arah itu, MUSA telah mengambil langkah awal dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) meliputi beberapa ketetapan.

Antara ketetapan dalam perjanjian itu termasuk Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) di bawah NFDP diberi peranan sebagai Pegawai Pembangunan Bola Sepak MUSA, mengiktiraf NFDP di Melaka sebagai satu Unit Pembangunan Bolasepak MUSA dan mengiktiraf semua pusat NFDP di Melaka sebagai saluran utama pembangunan bola sepak Melaka.

Menerusi perjanjian itu juga, Sekolah Sukan Negeri Melaka (SSN Seri Kota) diiktiraf sebagai Akademi Elit Remaja MUSA untuk pemain peringkat umur 13 hingga 17 tahun serta Mengiktiraf Akademi Tunas dan Pusat Latihan Daerah di bawah NFDP sebagai ‘feeder’ kpd Akademi Elit Remaja MUSA.

Perjanjian ditandatangani pada Majlis Pelancaran Kejohanan Bolasepak Bawah 14 dan 16 Tahun 2018 yang disempurnakan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka, Datuk Zali Mat Yasin yang turut dihadiri Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Pada upacara menandatangani MoU itu, MUSA diwakili Datuk Wira Mohd Yusoff manakala NFDP diwakili Ketua Pengarah Eksekutifnya, Safirul Azli Abu Bakar.

Turut berlangsung pada majlis itu ialah MoU MUSA bersama Sekolah Sukan Negeri (SSN) Melaka, SSN Seri Kota serta dua Akademi Bolasepak iaitu Melaka Junior’s dan Kiddo Kickers.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search