MUSA Titikberatkan Kebajikan Pasukan-Pasukan Pelapis

 In MUSA, News, Press Release

Pagi tadi bertempat di Bilik Media Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Stadium Hang Jebat berlangsung perjumpaan antara pengurusan MUSA dengan barisan kejurulatihan Skuad B21, B19 Melaka United dan B17 Sekolah Sukan Negeri (SSN) Melaka.

Pengurusan MUSA diketuai Setiausaha Agung MUSA, En. Noor Azman Rahman hadir bersama Pengarah Teknikal Melaka United, Mr. Miguel Jose Leite, Pegawai Perlesenan Kelab MUSA, En. K. Ganesan dan Ketua Jabatan Sumber Manusia MUSA, En. Warith Abd Aziz.

Beberapa perkara dibincangkan pada perjumpaan itu antaranya prestasi semasa setiap pasukan, kebajikan pemain dan jurulatih serta dokumen-dokumen berkaitan perlesenan kelab yang perlu dilengkapkan setiap pasukan dalam tempoh yang ditetapkan.

En. Noor Azman dalam ucapannya berkata, pihak pengurusan MUSA sangat menitikberatkan rekrut pasukan-pasukan pelapis Melaka United dan akan memastikan segala kebajikan pemain dan jurulatih sentiasa terjaga termasuk kelengkapan peralatan latihan setiap pasukan.

Sehubungan itu beliau meminta barisan kejurulatihan supaya memaklumkan kepada pihak pengurusan MUSA jika mempunyai sebarang masalah demi memastikan prestasi setiap pasukan dalam saingan liga masing-masing tidak terjejas.

Hadir sama pada perjumpaan itu ialah Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden (B21), Ridzuan Abu Shah, Ketua Jurulatih Skuad Piala Belia (B19), Rashid Mahmud dan Ketua Jurulatih B17, Yazid Abu.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search