Panggilan National U19

 In Match Report, MUSA, News, Press Release

Pemain Skuad Bawah 19 Tahun (B19) Melaka United, Muhammad Ridhwan Mohd Nazri, 18 tahun terpilih menyertai sesi latihan dan pemilihan pusat Pasukan Bawah 19 Tahun Kebangsaan kendalian jurulatih Bojan Hodak bagi menghadapi dua kejohanan besar tahun ini.

Muhammad Ridhwan yang beraksi di posisi ‘Defensive Midfielder’ menjadi satu-satunya pemain B19 Melaka United yang dipanggil ke sesi latihan dan pemilihan pusat skuad itu yang akan diadakan di Wisma FAM Petaling Jaya, Selangor bermula dari 15 hingga 29 Januari ini.

Ia bagi memilih pemain untuk mewakili negara pada Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)  Bawah 19 Tahun yang akan berlangsung pada Julai dan Oktober depan di Indonesia.

Muhammad Ridhwan yang berasal dari Mentakab, Pahang menyatakan rasa syukur selepas dipilih menyertai sesi berkenaan

“Syukur Alhamdulillah sekali lagi saya terpilih untuk mengikuti sesi pemilihan tahun ini selepas hampir menyertai Skuad B19 negara dalam pusingan kelayakan Kejohanan Bolasepak AFC di Korea Selatan tahun lalu tetapi terpaksa melupakan hasrat itu kerana perlu menumpukan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pemilhan kali ini tidak akan saya persiakan untuk merebut tempat dalam Skuad B19 kebangsaan bagi membawa cabaran negara dalam kedua-dua kejohanan itu.

“Sekiranya terpilih, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menempatkan diri dalam kesebelasahan utama pasukan,” katanya.

Sementara itu bagi jurulatih Ridhwan di Melaka United, Rashid Mahmud turut melahirkan kesyukuran dengan panggilan pemainnya bagi menyertai sesi berkenaan.

“Alhamdulillah rezeki dia, saya nampak potensi Ridhwan mampu pergi lebih jauh dalam bolasepak, pengalamannya di Sekolah Sukan Malaysia Pahang selain pernah beraksi pada Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Asia di Iran banyak meningkatkan potensi dan kematangannya ketika beraksi.

“Dalam aspek teknik dan mutu permainan pula beliau memang layak untuk mewakili Malaysia dan saya menasihatkannya supaya buat yang terbaik untuk terpilih membarisi pasukan  B19 negara,” kata Rashid.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search