Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif MUSA Penggal 2018-2020

 In MUSA, News, Press Release

Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) kali ke-63 yang berlangsung di Hotel MITC, Ayer Keroh pagi tadi (Ahad, 12 Ogos 2018) berjalan lancar.

Kongres dihadiri YAB Ketua Menteri merangkap Presiden MUSA, Tn Hj Adly Zahari, Timbalan Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Exco Komunikasi Multimedia, Belia dan Sukan negeri, YB Kerk Chee Yee, Setiausaha Khas Presiden, Tn Hj Yuhaizad Abdullah serta lebih 100 tetamu membabitkan perwakilan dan pemerhati.

Agenda kongres dikendalikan oleh Setiausaha Agung MUSA, En. Noor Azman Rahman.

Turut berlangsung pada kongres kali ini  pemilihan Jawatankuasa Eksekutif MUSA bagi penggal 2018-2020 yang dipengerusikan oleh En. Mohd Zhafri Aminurashid membabitkan 5 calon bagi 4 jawatan Naib Presiden dan 11 calon bagi 8 jawatan Ahli Exco Eksekutif MUSA.

Bagi jawatan Naib-Naib Presiden, 4 calon yang telah mendapat undian tertinggi ialah Harun Mohamed (71 undi), En. Mohd Ashiq Abd Samad (65 undi), Datuk Fadzil A. Bakar (63 undi) dan En. Yong Yoon Pin (63 undi).

Bagi jawatan Ahli Exco Eksekutif pula, 8 calon yang mendapat undian tertinggi ialah En. Muhamad Razali Omar Othman (67 undi), En. Mohd Saiful Mat Sapari (61 undi), En. Razak Abu Hassan (60 undi), En. Zaihari Zailani (58 undi), En. Jalil Dollah (54 undi), En. Haidzir Hashim(52 undi), En. Lal Sabri Lal Muhamad (50 undi) dan En. Tan Ching Yang (47 undi).

Terdahulu Datuk Wira Mohd Yusoff mengekalkan jawatannya selepas menang tanpa bertanding manakala jawatan Presiden tidak dipertandingkan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua calon yang terpilih menganggotai Jawatankuasa Eksekutif MUSA 2018-2020.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search