Piala Belia 2018: Melaka United 1-1 Kedah

 In MUSA, News, Piala Belia 2018, Press Release

Skuad Bawah 19 Tahun (B19) Melaka United membuka tirai saingan liga Piala Belia 2018 dengan keputusan seri 1-1 menentang B19 Kedah di tempat sendiri.

Dalam aksi di Stadium Hang Tuah itu perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak pada separuh masa pertama.

Peluang terbaik Kedah bimbingan Jurulatih Mohamad Ramlee hadir pada minit ke-16 menerusi rembatan Mohamad Hasri Firzan Mohd Sukeri dari dalam kotak penalti namun berjaya diselamatkan penjaga gol MU, Muhammad Rabbani Ros Romzi sebelum percubaan Kapten Kedah, Muhammad Ezmie Naim sedikit melepasi palang.

Separuh masa kedua menyaksikan MU lebih menguasai perlawanan dengan berjaya mencipta beberapa gerakan berbahaya.

Minit ke-48 pemain tengah MU, Muhammad Ridhwan Mohd Nazri berjaya membuat larian yang mengelirukan pertahanan Kedah namun gerakannya berjaya dibaca penjaga gol lawan.

Kedah kemudiannya mendapat gol pertama mereka hasil rembatan leret penyerangnya, Amirul Azhar dari dalam kotak penalti menewaskan Rabbani pada minit ke-55.

Tidak berputus asa, anak-anak buah Rashid Mahmud terus melakukan gerakan dan berjaya mencipta beberapa peluang sebelum akhirnya berjaya mendapat gol penyamaan pada minit ke-72.

Penyerang MU, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar berjaya mengambil kesempatan atas kesilapan hantaran penjaga gol lawan dengan membuat sepakan lambung yang tepat ke gawang Kedah untuk menceriakan lebih 200 penyokong Skuad Hang Tuah yang hadir.

Menghampiri penghujung perlawanan menyaksikan MU menggandakan asakan dengan mencipta beberapa peluang namun Kedah dilihat lebih berminat untuk membawa pulang satu mata.

Keputusan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search