Piala Belia 2018: MU Catat Kemenangan Bergaya Ke Atas UiTM FC

 In MUSA, News, Piala Belia 2018, Press Release

Skuad B19 Melaka United mencatatkan kemenangan besar 5-1 ke atas pasukan B19 Universiti Teknologi MARA (UiTM FC) pada aksi ketiga saingan liga Piala Belia 2018 di Stadium Hang Tuah, Melaka petang tadi (28 Februari).

MU dilihat lebih banyak menguasai perlawanan dengan mendapat beberapa peluang sebelum memperoleh gol pertama antaranya percubaan jarak jauh penyerang Muhammad Izreen Izwandy seawall minit ke-2 sebelum Izreen sekali lagi hampir meletakkan MU di depan namun sepakan percumanya sedikit tersasarke kanan pintu gol UiTM.

Sehinggalah pada minit ke-33, MU mendapat sepakan penalti selepas Izreen dijatuhkan sebelum Muhammad Hazim Abu Zaid menyempurnakan sepakan untuk gol pertama MU.

Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Muhammad Nur Azfar Mohd Azman berjaya menjarakkan kedudukan MU selepas rembatannya berjaya menewaskan penjaga gol UiTM, Muhammad Firdaus Azmi untuk MU mendahului 2-0.

Babak kedua, Melaka dilihat terus mengekalkan momentum dan melancarkan serangan bertali arus termasuk rembatan Hazim dan ‘bicycle kick’ Azfar yang ditepis penjaga gol lawan sebelum Azfar berjaya menambah gol ke-3 MU hasil rembatannya pada minit ke-57.

Biarpun diserang, UiTM masih mampu mendapat gol menerusi tandukan Muhammad Fahmi Mohd Sabri hasil hantaran lambung rakan sepasukan dari sebelah kiri pada minit ke-75 untuk merapatkan kedudukan kepada 3-1.

Berbaki 10 minit sebelum tamat perlawanan, Melaka menambah dua lagi gol bermula dengan tandukan Muhammad Khussaini Adli Mohd Yusof yang berjaya menanduk masuk bola hantaran lambung pada minit ke-83.

Pemain tengah, Muhammad Ridhwan Mohd Nazri menutup petang gemilang Melaka dengan menanduk masuk bola hantaran Azfar pada masa kecederaan untuk kemenangan bergaya MU.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search