Piala FA 2018 : Dijangka Tidak Berdepan Masalah

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Piala FA 2018

Melaka United dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan kedua selepas diundi menentang sama ada pasukan Liga FAM, Selangor United atau pasukan bukan liga, Southern FC dalam saingan kalah mati Piala FA 2018.

Selangor United dan Southern FC akan berentap terlebih dahulu dalam pusingan pertama dan pemenangnya akan menentang Melaka United pada pusingan seterusnya.

Perlawanan pusingan pertama Piala FA 2018 dijadualkan berlangsung pada 13 Februari manakala pusingan kedua dijadualkan pada 2 dan 3 Mac depan.

Undian lain antaranya Kedah diundi menentang pasukan baharu Liga Super, Negeri Sembilan, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang Sabah, Perak menentang Sarawak dan Pahang diundi menentang ATM FA.

Undian untuk pusingan ketiga akan diadakan pada 16 dan 17 Mac depan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search