Piala FA 2018: Melaka United 7-0 Southern FC

 In FA Cup 2018, Match Report, MUSA, News, Press Release

Melaka United mudah melepasi Pusingan Kedua saingan Piala FA 2018 selepas membelasah pasukan bukan liga, Southern FC 7-0 dalam aksi di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Jurang antara kedua-dua pasukan jelas kelihatan pada perlawanan ini apabila Melaka United menyerang sejak dari awal dan mendapat beberapa peluang menerusi gandingan Yahor Zubovich, R. Gopinathan dan Farderin Kadir.

Gol pertama MU hadir pada minit ke-12 menerusi sepakan penalti yang mudah disempurnakan Zubovich selepas Fauzi Roslan dijatuhkan dalam kotak penalti.

R.Gopinanthan kemudiannya menolak masuk bola untuk gol kedua MU pada minit ke-24 sebelum Zubovich sekali lagi menjaringkan gol selepas mudah menolak masuk bola hantaran leret Gopinathan, dua minit selepas itu.

Skuad Hang Tuah kemudiannya terus menambah gol hasil tandukan perlahan kapten, Fauzi Roslan yang berjaya mengelirukan penjaga gol Southern FC, Mohd Alif Daniel Jafri.

Seminit sebelum tamat separuh masa pertama, MU sempat menambah gol menerusi Farderin Kadir yang pantas menyambar hantaran leret Zubovich dari sebelah kiri untuk Melaka mendahului 5-0 pada rehat separuh masa.

Babak kedua menyaksikan MU langsung tidak memberi ruang untuk Southern FC menjaringkan gol, sebaliknya terus melakukan percubaan demi percubaan untuk menambah lagi gol.

Sehinggalah pada minit ke-52, Mohamad Azmi Muslim berjaya menyumbat masuk gol ke-6 MU hasil rembatan deras ke penjuru kanan pintu gol Southern.

Penyerang anak jati negeri Melaka, Nurshamil Abd Ghani yang bermain pada babak kedua turut mencatatkan nama sebagai penjaring apabila membuat sepakan lencong yang tepat ke penjuru pintu gol lawan pada minit ke-75 untuk menutup pesta gol Melaka.

Keputusan itu kekal hingga wisel perlawanan untuk Skuad Hang Tuah layak ke Pusingan Ketiga Piala FA 2018 dengan bergaya.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search