Piala FA 2018: Melaka United Waspada Halangan Pusingan Ketiga

 In FA Cup 2018, MUSA, News, Press Release

Melaka United bersedia diundi menentang mana-mana pasukan pada Pusingan Ketiga saingan Piala FA 2018 selepas mudah melepasi Pusingan Kedua dengan membelasah kelab bukan liga, Southern FC 7-0, Ahad lalu (4 Mac).

Menurut Ketua Jurulatih MU, Eduardo Almeida pasukannya tetap perlu bersedia menentang mana-mana pasukan kerana Piala FA adalah saingan yang berbeza dengan hanya ada satu peluang untuk kekal bersaing.

“Jadi kami perlu sentiasa bersedia menentang mana-mana lawan yang diundi menentang MU pada pusingan seterusnya dan cuba untuk menang seterusnya menempatkan diri ke peringkat seterusnya (Suku Akhir),

“Walaubagaimanapun kami tetap berwaspada dengan pasukan yang akan kami tentang kerana kesemuanya pasukan itu adalah dari Liga Super dan Liga Premier dan mempunyai kekuatan yang hampir seimbang,” katanya.

Majlis Undian Jadual Pusingan Ketiga Piala FA 2018 akan berlangsung di Kuala Lumpur petang esok (6 Mac) membabitkan 16 pasukan yang layak dalam Pusingan Ketiga.

Mengenai perlawanan menentang Southern FC, Almeida berkata pasukannya tetap menghormati mereka biarpun mencatatkan kemenangan mudah ke atas kelab amatur itu.

Beliau berkata, Southern FC telah melakukan segala yang mereka mampu pada perlawanan itu dan kesungguhan yang ditunjukkan para pemain kelab itu wajar dipuji.

“Kami sangat menghormati mereka atas kesungguhan mereka bersaing, bagi saya kelab ini sangat penting kepada pembangunan kelab-kelab bolasepak amatur di negara ini pada masa hadapan.

“Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih Southern FC dan apa yang lebih penting ialah Melaka United layak ke Pusingan Ketiga,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search