Piala Malaysia: Melaka United vs JDT

 In Match Report, News, Piala Malaysia, Press Release
Suku akhir pertama TM Piala Malaysia menemukan Melaka United menentang pasukan JDT di Stadium Hang Jebat dimana pasukan Harimau Selatan menewaskan pasukan Sang Kancil dengan keputusan 1-4. Jasmin Mecinovic kembali ke kesebelasan utama selepas mengalami kecederaan yang serius pada 3 bulan lepas.
JDT membuka jaringan melalui Ghaddar pada minit ke-7 dan menambah lagi jaringan melalui tandukan selepas menerima umpanan Fazly Mazlan. Melaka United memberi tentangan melalui tandukan Jeon tetapi diselamatkan oleh penjaga gol JDT, Izham Tarmizi dan beliau tangkas menyelamatkan sepakan percuma Felipe. Marko Simic merapatkan jurang apabila menerima hantaran rendah dari Surendran sebelum wisel penamat untuk separuh masa pertama.
Melaka United menggandakan serangan selepas wisel untuk separuh masa kedua ditiup oleh pengadil perlawanan, Khairulzuan Kidam. Ignacio Insa menambah jaringan untuk JDT selepas menerima hantaran silang Gabriel Cabrera.  Pada minit ke-85, Ignacio Insa membuat larian solo sebelum melorotkan bola untuk disudahi oleh Safiq Rahim untuk gol keempat JDT. Pasukan Melaka United akan bertandang ke Stadium Larkin pada 24 September untuk Suku Akhir kedua TM Piala Malaysia 2017.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search