Piala Presiden 2018: Melaka United Akur Kehebatan Kedah

 In MUSA, News, Piala Presiden 2018, Press Release

Skuad B21 Melaka United terpaksa akur kepada B21 Kedah selepas tewas 1-4 di laman sendiri di tangan Skuad Lang Merah itu pada aksi kedua saingan liga Piala Presiden 2018 di Stadium Hang Tuah, petang tadi.

Kedah bimbingan jurulatih Victor Andrag mendahului seawal minit kedua menerusi percubaan jarak jauh Mohd Fadzrul Daniel Mohd Nizam yang tepat ke sasaran.

MU bimbingan Ridzuan Abu Shah cuba mengasak namun rembatan salah seorang penyerang dari dalam kotak penalti sedikit melambung.

Kedah hampir menambah gol selepas rembatan Muhammad Zhafir Mohd Yusoff hanya sedikit tersasar ke sebelah kiri pada minit ke-29 sebelum Kedah sempat menambah gol kedua hasil tolakan mudah Mohamad Fayadh pada masa kecederaan separuh masa pertama.

MU kemudiannya berjaya merapatkan jurang kepada 2-1menerusi gol hasil rembatan Muhd Faizal pada minit-55 berpunca daripada sepakan penjuru menewaskan penjaga gol Kedah, Wan Mohd Syazmin.

Amiruddin Abu Bakar menjaringkan gol ketiga Kedah pada minit ke-68 dan Melaka kemudiannya hampir mendapat gol kedua apabila rembatan Amirul Syafiq terkena palang gol selepas membuat lari solo dari luar kotak penalti.

Mohd Fayadh sekali lagi menyumbat gol untuk Kedah selepas menolak masuk bola sepakan penalti Mohd Fikri yang terkena tiang gol untuk gol ke-4 Kedah di penghujung perlawanan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search