Piala Presiden 2018: Skuad B21 Catat Kemenangan Kedua

 In Match Report, MUSA, News, Piala Presiden 2018

Skuad B21 Melaka United mencatatkan kemenangan kedua di tempat sendiri musim ini selepas membenam pasukan tercorot Kumpulan A, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 dalam aksi liga Piala Presiden 2018, petang tadi.

Beraksi di Stadium Hang Tuah, percaturan jurulatih Ridzuan Abu Shah membawa masuk beberapa pemain Skuad B19 MU bagi memperkuatkan pasukannya ternyata berhasil apabila Skuad B21 MU dilihat lebih garang.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak dan berbalas serangan dengan MU dilihat lebih banyak melakukan asakan ke kubu ATM.

Gol pertama MU hadir pada minit ke-21 menerusi jaringan penyerang Muhammad Faizal Muhammad Talib yang menyambut bola rembatan jarak jauh Muhammad Shyamierul Razmee Jasmi yang terkena tiang sebelum menggelecek bola menewaskan penjaga gol ATM, Mohd Ridzhuan Nordin.

Bersambung babak kedua, MU terus menguasai perlawanan menerusi beberapa percubaan namun kurang bernasib baik untuk menambah gol.

Sehinggalah pada minit ke-67, MU memperolehi sepakan penalti selepas Muhammad Faizal dirempuh penjaga gol ATM.

Muhammad Shyamierul tidak mensia-siakan peluang apabila tenang menyempurnakan penalti untuk gol kedua MU.

MU kemudiannya terus mengasak memburu gol namun kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search