PKNS FC menentang Melaka United

 In Friendly Match, Liga Super 2017, Match Report, News, Press Release
Melaka United melepaskan peluang yang terhidang di depan pintu gol PKNS FC pada 15 minit terakhir yang mana nampak ada perubahan jentera serangan dan semangat juang pemain untuk mencapai kemenangan.
Pada separuh masa pertama 15 minit terawal kedua-dua pasukan bermain dengan agak peralahan, Melaka United yang mendapat suntikan penyerang baharu Marko Simic dan pemain tengah dari Brazil Felipe De Saouza malam ini di kawal rapi oleh pemain PKNS FC.
PKNS FC juga tidak kurang hebat di separuh masa pertama yang mengharapkan sentuhan penyerang berbisa mereka Safee Sali dan Patrick Ronaldinho untuk merobek gol Melaka United, tapi barisan peratahan dan Penjaga gol utama Fazli Paat mengawal kemas atau menampan rembatan yang di lakukan.
Rehat separuh masa pertama keputusan seri kosong kosong agak melegakan bagi kedua-dua pasukan.
Ketua Jurulatih Melaka United yang baharu Eduardo Almeida seakan-akan mengerti dengan kesakitan R Surendran yang mana beliau merehatkan beliau dan memasukan pemain muda Melaka United Jamsir Mehat bagi menggalas bahagian tepi.
Permainan agak menarik dan rancak ditunjukkan bagi kedua-dua pasukan sehingga Marko Simic dijatuhkan pemain PKNS FC di luar kawasan bahaya dan pengadil memberi sepakan percuma.
Felipe De Souza diberi tugasan untuk mengambil sepakan ini menggunakan sebaik mungkin kepakarannya dalam menghasilkan gol. Ia ternyata terhasil apabila dia membuat sepakan cantik di sebelah kiri pintu gol PKNS FC untuk menewaskan Zamir Selamat yang tidak berjaya untuk menampan sepakan itu. Ia memberi kegemberian bagi skuad hijau putih seketika bagi mendahului pada minit ?.
PKNS FC yang tersentak dengan gol pertama Melaka United bangkit memberi asakan ke kawasan kubu Melaka yang digerakkan Saffe Sali dan Fabio Miguel.
Semakin bernafsu bagi PKNS FC mencari gol penyamaan sehingga pada minit ? gerakan cantik di sebelah kanan pintu gol Melaka United Safee menerima umpanan dari rakannya membuat satu rembatan ke arah pintu gol Melaka United yang waktu itu Fazli keluar untuk menyelamatkan situasi bahaya. Rembatan deras yang di lakukan oleh Saffe hampir menghasilkan gol tetapi Jasmin Mecinovikj menerjah untuk menghalang rembatan itu sehingga bola yang di rembat Safee seakan terkena tangan Jamsin dan melantun ke garisan gol Melaka United sehingga Khair Jones melulu untuk mengeluarkan dari kawasan gol Melaka United.
Kesudahan itu tidak di terima oleh pengadil perlawanan yang mana Mohd Nazmi Nasaruddin menghadiahkan sepakan penalti bagi pasukan tuan rumah pada minit ? dan melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Jasmin Mecinokvikj. Adengan ini mencetuskan sedikit ketegangan dalam skuad Melaka United yang memprotes keputusan yang diberikan. Pengadil tegas dan memberikan penalti kepada PKNS FC, Safee Sali yang diberi tugas mengambil sepakan ini bijak membuat sepakan untuk menewasakan Fazli Paat. Itulah gol yang memberi sedikit kelebihan untuk PKNS FC bagi memperkemaskan kembali barisan mereka yang juga mempunyai kelebihan bermain dengan 11 pemain berbanding Melaka United yang kehilangan seorang pemain pertahanan tengah.
Aksi perjuangan Melaka United tidak terhenti di situ sahaja apabila beberapa peluang daripada Khair Jones yang membawa bola secara solo tetapi masuk ke kawasan PKNS FC beliau dijatuhkan tetapi pengadil meneruskan perlawanan. Peluang seterusnya juga melalui Fauzi Roslan yang hanya perlu untuk merembat ke gol PKNS tetapi pemain pertahanan PKNS bijak mengeluarkan dengan cepat dari kawalan Fauzi.
Sehingga masa tambahan 3 minit Melaka United masih terus mengasak ke kawasan PKNS dan Puaneswaran yang bijak menghidu peluang dari tolakan Fauzi tidak dapat menggunakan kesempatan itu yang hanya beliau perlu menolak atau melambungkan sedikit rendah ke pintu gol PKNS FC sewaktu Zamir Selamat yang nampak mungkin tidak tercapai jika lambungan itu betul-betul masuk ke pintu gol PKNS FC. Ternyata ia bukan rezeki bagi Melaka United untuk membawa 3 mata berharga di Shah Alam ini, namun pujian harus diberikan kepada seluruh barisan pemain yang menunjukkan satu peningkatan persembahan dengan suntikan baharu pada jendela kedua ini.
Keputusan penuh dari Stadium Shah Alam PKNS FC berjaya mengikat Melaka United dengan satu sama.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search