Previu Jadual Liga Piala Belia 2018

 In MUSA, News, Piala Belia 2018, Press Release

Skuad Bawah 19 Tahun (B19) Melaka United bimbingan jurulatih Rashid Mahmud akan memulakan misi dalam saingan Piala Belia 2018 bermula 21 Februari (Rabu) dengan melayan kunjungan Kedah di Stadium Hang Tuah sebelum mengharungi perjalanan jauh ke utara tanahair bagi pertemuan menentang Perlis di Kangar, empat hari kemudian.

Skuad B19 MU kemudiannya akan pulang semula ke Melaka bagi pertemuan menentang UiTM FC, tiga hari kemudian (28 Februari) sebelum berehat selama hampir sebulan.

Dua perlawanan dijadualkan pada Mac iaitu pertemuan dengan Perak di Ipoh pada 25 Mac sebelum pulang ke Melaka bagi melayani kunjungan Johor Darul Ta’zim IV, tiga hari kemudian.

Jadual padat menanti Skuad B19 MU sepanjang April apabila dijadualkan mengharungi lima perlawanan liga bermula dengan pertemuan menentang Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di Bandar Penawar pada 1 April sebelum ke Kota Bharu menentang Kelantan, tiga hari kemudian sebelum melayan kunjungan Negeri Sembilan pada 8 April.

B19 MU kemudiannya akan terbang ke Kuching menentang Sarawak untuk perlawanan ke-10 liga yang dijadualkan pada 18 April sebelum mengakhiri pusingan pertama menentang Skuad B16 Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP-AMD) di Stadium Hang Tuah pada 22 April.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search