Previu Liga Super 2018: Melaka United lawan PKNS FC

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Press Release

Melaka United akan meneruskan saingan Liga Super 2018 malam ini menentang pasukan di tangga ke-6 liga PKNS FC di tempat sendiri (Stadium Hang Jebat), malam ini.

Perlawanan itu dilihat penting untuk Melaka United memperbaiki kedudukan di tangga ke-10 liga ketika ini, hanya dua mata di atas zon penyingkiran.

Pada pusingan pertama lalu menyaksikan PKNS menewaskan Melaka United 2-0 pada pertembungan di Stadium Shah Alam dan dua perlawanan dalam saingan liga musim lalu menyaksikan kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 2-2 dan 1-1.

Berbeza pada musim ini, PKNS yang dibimbing jurulatih K. Rajagobal memiliki beberapa pemain yang perlu dikekang seperti penyerang import dari Brazil, Rafael Ramazotti, pemain kebangsaan Singapura, Faris Ramli yang kedua-duanya merekodkan 4 gol dalam saingan liga setakat ini.

Turut perlu diberikan perhatian ialah dua pemain berpengalaman, Safee Sali dan Mahali Jasuli.

Melaka United pula yang kini dibimbing bekas pengendali PKNS, E. Elavarasan dilihat lebih yakin terutama dengan kemasukan penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang ketika seri tanpa jaringan menentang Perak dalam saingan liga di Ipoh, 12 Mei lalu.

Diharapkan kepakaran Elavarasan menganalisis bekas pasukannya bakal membentuk pasukan terbaik untuk Melaka United kembali bangkit meraih kemenangan dalam saingan Liga Super selepas kali terakhir pada 11 Mac lalu.

Adakah Skuad Hang Tuah mampu menyekat Skuad Semut Merah daripada membawa pulang tiga mata dari Bumi Hang Tuah, sama-sama kita nantikan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search