Previu Liga Super 2018: Melaka United lawan Terengganu FC

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Press Release

Selepas lebih sebulan berehat, aksi Liga Super 2018 kembali bersambung pada Jumaat ini (13 April 2018) dengan perlawanan ke-6.

Melaka United bakal melayan kunjungan pasukan di tangga ke-5 liga, Terengganu FC di Stadium Hang Jebat.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan adalah pada aksi pramusim Kejohanan Bolasepak Piala Menteri Besar Terengganu 2018 pada 17 Januari lalu yang menyaksikan Terengganu mencatatkan kemenangan besar 5-0.

Skuad Hang Tuah berpeluang menebus semula kekalahan itu jika berjaya menjinakkan Skuad Penyu yang kini dibimbing jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim.

Rekod di laman sendiri menyaksikan Melaka United masih belum pernah tewas dalam aksi liga di Stadium Hang Jebat musim ini selepas perlawanan terakhir liga menyaksikan Melaka menewaskan PKNP FC, 2-0 untuk berada di kedudukan ke-4 liga dengan 9 mata ketika ini.

Aksi terakhir liga Terengganu FC pula menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-1 di Kuala Terengganu untuk menghuni kedudukan ke-5, hanya satu mata di belakang Melaka United.

Mampukah Skuad Hang Tuah menebus semula kekalahan kepada Skuad Penyu dan mempertahankan rekod tanpa kalah di Stadium Hang Jebat musim ini? Sama-samalah kita saksikan pertembungan antara Sang Kancil dengan Sang Penyu.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search