Previu : Melaka United Lawan Selangor

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Press Release

Melaka United akan meneruskan saingan Liga Super 2018 dengan bertandang ke Stadium Kuala Lumpur, Cheras bagi pertemuan menentang Selangor pada Rabu ini (7 Februari 2018). Kedua-dua pasukan bakal turun dengan motivasi tinggi selepas menang pada aksi pembukaan masing-masing dengan Melaka United menewaskan Kelantan 2-1 manakala Selangor menewaskan seteru Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, 2-0.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim lalu memihak Melaka United yang menang 2-1 pada perlawanan di Stadium Hang Jebat manakala pertemuan di Stadium Shah Alam menyaksikan kedua-dua pasukan seri 1-1.

Selangor yang kini berada di persada liga perlu diberi perhatian berikutan Skuad Merah Kuning memiliki penyerang berpengalaman dari Sepanyol, Rufino Segovia yang menjaringkan dua gol ketika aksi menentang Kuala Lumpur.

Melaka United juga tidak kurang hebatnya apabila penyerang import dari Belarus, Yahor Zubovich turut menyumbang gol ketika menentang Kelantan, Sabtu lalu. Kemenangan ke atas Kelantan tempoh hari membuktikan tiada yang mustahil untuk Skuad Hang Tuah menyaingi mana-mana pasukan dalam Liga Super dan mampu membuat kejutan ke atas mana-mana pasukan gergasi dalam Liga Malaysia musim ini.

Adakah Skuad Hang Tuah mampu melepasi halangan Skuad Gergasi Merah? Sama-samalah kita nantikan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search