Previu: Melaka United vs Negeri Sembilan FA

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Press Release

Melaka United akan meneruskan saingan Liga Super 2018 dengan melayani kunjungan pasukan negeri jiran yang juga pendatang baharu liga, Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat, Ahad ini (11 Februari).

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada aksi persahabatan pramusim 2018 pada Disember lalu yang menyaksikan Negeri Sembilan menang 2-1.

Dalam saingan kompetitif pula kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah dalam saingan Liga Premier 2016 dengan kelebihan berpihak kepada Melaka United.

Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Hang Jebat manakala pada pusingan kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Skuad Hang Tuah menang 1-0.

Negeri Sembilan yang kini dibimbing jurulatih dari Jerman, Jorg Steinebrunner kembali ke saingan bolasepak teratas selepas empat musim di Liga Premier.

Selepas dua perlawanan, kedua-dua pasukan mengumpul 3 mata dipisahkan dengan perbezaan dengan Melaka United kini di kedudukan ke-6 liga sementara Negeri Sembilan di tangga ke-5.

Semoga Skuad Hang Tuah bimbingan Eduardo Almeida mampu menyekat hajat Skuad Hobin Jang Hobin daripada membawa pulang tiga mata dari bumi Hang Tuah.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search