Program Dialog MUSA Bersama Penyokong

 In MUSA, News, Press Release

Program Dialog MUSA Bersama Penyokong di Bilik Media MUSA, Stadium Hang Jebat petang tadi berlangsung dengan baik dihadiri kira-kira 60 penyokong Skuad Hang Tuah.

Program dihadiri Timbalan Presiden MUSA yang juga Pengurus Pasukan Melaka United, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Naib Presiden MUSA, Datuk Khairi Anuar Ahmad dan Setiausaha Agung MUSA, En. Noor Azman Rahman yang berinteraksi secara terus dengan penyokong yang hadir diketuai En. Lekir Ahmad.

Pelbagai perkara dibincangkan antaranya mengenai prestasi semasa pasukan Melaka United dalam Liga Malaysia selain berkaitan pemain dan barisan kejurulatihan pasukan.

Para penyokong juga mengambil peluang melontarkan pendapat dan idea masing-masing demi satu matlamat iaitu untuk melihat pasukan Melaka United menjadi pasukan lebih baik yang disegani serta mampu bersaing dalam kancah bolasepak negara pada masa akan datang.

Datuk Wira Mohd Yusoff turut mengharapkan para penyokong Skuad Hang Tuah dapat terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan dengan meningkatkan kehadiran penyokong yang lebih ramai pada setiap perlawanan membabitkan Melaka United selepas ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kami kepada penyokong yang hadir yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk bersama-sama pihak persatuan pada program ini.

Kami di pihak MUSA menghargai setiap pandangan dan idea yang dicurahkan oleh penyokong-penyokong untuk kami perhalusi dan laksanakan demi kemajuan pasukan kesayangan kita dan bolasepak Melaka.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search