Selamat Datang ‘Apek’

 In Liga Super 2018, MUSA, News, Press Release

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengucapkan selamat datang kepada penjaga gol berpengalaman yang juga bekas penjaga gol pasukan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang secara rasminya menyertai pasukan Melaka United pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Kami di pihak MUSA berbesar hati menerima kehadiran Khairul Fahmi bagi memantapkan banteng terakhir Skuad Hang Tuah pada perlawanan-perlawanan akan datang.

Khairul Fahmi yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Apek’ adalah antara penjaga gol terkemuka negara dengan pernah mengecapi pelbagai kejuaraan bolasepak tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.

Sepanjang bersama Skuad The Red Warriors, beliau pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 2010 dan 2012, juara Liga Super juga sebanyak dua kali iaitu pada 2011 dan 2012, dua kali juara Piala FA (2012 dan 2013) dan satu kejuaraan Piala Sumbangsih pada 2011.

Di peringkat antarabangsa pula, beliau pernah membantu Skuad Negara menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010 dan mara ke perlawanan akhir kejohanan itu pada 2014 selain pernah membantu pasukan negara menggondol pingat emas pada Sukan SEA 2011.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search