SMK St David Muncul Juara

 In Match Report, MUSA, News, Press Release
Pasukan SMK St David muncul juara  Kejohanan Bola Sepak B16 tahun yang kali pertamanya dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melaka bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Perlawanan akhir tersebut diadakan di Stadium Hang Tuah.
SMK St David mendahului pasukan SMK DARY melalui jaringan Muhd Hafiz B Jaafar pada minit ke-27 tetapi pemain SMK DARY, Arif Arsyad menyamakan kedudukan pada akhir minit dan perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. Sepakan penalti menentukan keputusan perlawanan selepas kedudukan masih 1-1. SMK St David memenangi sepakan penalti yang mendebarkan dengan berkeputusan 5-3.
Pemain SMK St David, Muhd Hafiz B Jaafar menjadi pemain terbaik di didalam perlawanan tersebut. Piala kejuaraan disampaikan oleh Timbalan Presiden FAM dan juga MUSA, Datuk Wira Yusoff Mahadi kepada pasukan SMK St David. Pemain-pemain terbaik yang beraksi di dalam kejohanan ini akan dipantau oleh MUSA untuk diserapkan ke skuad bawah 17 tahun Negeri Melaka yang akan beraksi pada tahun hadapan.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search