T-TEAM vs MELAKA UNITED

 In Liga Super 2017, Match Report, News, Press Release
Selepas menewaskan Kelantan di saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Melaka United bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan menewaskan pasukan T-Team dengan keputusan 1-5. Ketua jurulatih, Almeida menurunkan kesebelasan utama Rabu lepas dan hanya menukarkan Fazli Paat untuk menjaga gawang gol kerana Badrul mengalami kecederaan ketika menentang Kelantan FA.
Perlawanan agak stabil pada 30 minit pertama dengan kedua-kedua pasukan bermain agak berhati-hati. Fauzi Abdul Kadar, yang masuk menggantikan Dilshod Sharofetdinov menjaringkan gol untuk T-Team pada minit ke-32. Melaka United cuba bangkit di minit-minit akhir separuh masa pertama melalui percubaan Marko Simic dan Felipe tetapi tidak dapat menewaskan penjaga gol T-Team, Hafidz Romly. Separuh pertama berkesudahan 1-0 berpihak kepada pasukan The Titans.
Almeida memasukkan Sivanesan menggantikan Ezrie sebelum separuh masa kedua bermula untuk memantapkan bahagian tengah Melaka United. Simic menyamakan kedudukan pada minit ke-50 dan Fauzi Roslan menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-61. Puaneswaran menjaringkan gol pertama peribadi beliau untuk Melaka United pada minit ke-70. Felipe menambah lagi jumlah jaringan melalui sepakan percuma pada minit ke-74. Simic menambah gol ke-5 untuk Melaka United pada minit-minit terakhir perlawanan. Ini adalah kemenangan terbesar dan berharga untuk pasukan Melaka United di dalam saingan Liga Super.
Comments
  • Nial
    Reply

    Well done Melaka

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search