TM Piala Malaysia

 In Match Report, MUSA, News, Piala Malaysia, Press Release
Pasukan Melaka United seri 1-1 apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos untuk saingan Suku Akhir Kedua TM Piala Malaysia menentang JDT. Berbekalkan 4 gol dari Suku Akhir Pertama di Stadium Hang Jebat, pasukan Harimau Selatan merehatkan beberapa tunggak utama. Pasukan Melaka United turut merehatkan penyerang berbisa, Marko Simic dan meletakkan Fauzi Roslan sebagai penyerang utama untuk perlawanan ini.
JDT bermula garang pada separuh masa pertama dan pada minit ke-17, Jasmin Mecinovic menyelamatkan keadaan apabila menepis tendangan Safawi Rashid menggunakan kakinya yang menuju ke gawang gol yang kosong selepas  Fazli Paat telah ditewaskan. Nazmi Faiz menjaringkan gol pertama JDT pada minit ke-20 apabila menerima hantaran leret Safawi Rashid. Fazli Paat tangkas menyelamatkan rembatan dari Darren Lok pada minit ke-27. Jasmir Mehat masuk menggantikan Azinee Taib yang mengalami kecederaan dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk membuat impak apabila mendapatkan sepakan penalti apabila hantarannya terkena tangan Junior Edstal. Felipe De Souza menyempurnakan sepakan penalti tersebut menewaskan penjaga gol JDT, Haziq Nadzli di akhir minit separuh masa pertama.
Separuh masa kedua bermula agak rancak dengan kedua pasukan melancarkan serangan dan Melaka United hampir mendapatkan gol kedua apabila sepakan Jasmir Mehat diselamatkan Haziq Nadzli pada minit ke-59 melalui sepakan penjuru. Badrulzaman yang menggantikan Fazli Paat pada separuh masa kedua turut tangkas menepis rembatan jarak jauh oleh Cabrera pada akhir minit perlawanan. Pasukan Melaka United tewas melalui kedudukan argregat 5-2 dan pasukan Harimau Selatan layak ke separuh akhir TM Piala Malaysia. Pasukan Melaka United akan bermain Stadium Hang Jebat pada 27 September bagi saingan Liga Super menentang Selangor FA.

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search