UiTM FC vs MELAKA UNITED

 In Match Report, MUSA, Piala Malaysia, Press Release
Melaka United mengakhiri kempen Piala Malaysia 2017 menentang UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam. Skuad Sang Kancil hanya perlu satu mata sahaja untuk layak ke peringkat suku akhir di dalam persaingan kumpulan C. Norhadi diberi kepercayaan menjaga gawang gol Melaka United serta kembalinya Ahmad Khuzaimi ke kesebelasan utama.
Akanni Sunday membuka jaringan seawal minit ke-12 dan pemain import Korea, Donghyub Do menambah jaringan untuk UiTM pada minit ke-29. Sepakan percuma Jeon Woo Young merapatkan jurang sebelum Akanni Sunday sekali lagi menjarakkan kedudukan dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-37. Separuh masa berkesudahan 3-1.
Melaka United bermula garang dan Azinee Taib menjaringkan gol kedua Melaka United selepas mendapat hantaran leret dari R Surendran. Walaupun membuat banyak asakan, Donghyub menjaringkan gol keempat UiTM FC. Fauzi Roslan menanduk masuk hantaran silang R Surendran pada minit ke-86. Akanni Sunday melengkapkan hat-trick beliau pada minit-minit terakhir perlawanan. Melaka United layak ke suku akhir di saingan Piala Malaysia walaupun tewas di tangan UiTM FC

Leave a Comment

Contact Us

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Not readable? Change text.

Start typing and press Enter to search